Friday, April 30, 2010

K.A.W.A.N

Foooooohhhh.. accccuuum.. emm da rhinitis da masuk blog berabuk nie.. hehe

Assalamualaikum..

Tatkala melayan stress professional 2 nie.. Terkenang pulak zaman2 muda2 dlu.. Yelah kan da 24 tahun, dah kira suku abad dah, perlu rasanya melihat kebelakang apa yang telah diri ini langkah dan harung.. Dan yang paling terkesan dalam lamunan sebentar itu adalah apa yang kita pggl sahabat..

Emm.. merasa diri ini sangat memilih dalam mencari kawan yang baik.. Kawan2 yang buruk ke baik ke kita nie die tetap dengan kite..

Zaman sekolah rendah, Jamil, Nizam, Farid, Zuhaimee, adalah nama2 yang aku sanjung mereka sebagai kawan2 yang baik.. Hampir setiap hari disekolah dan luar sekolah aku bersama mereka.. Terima kasih sahabat..

Sekolah menengah, Nizam, shafiq, fahmi, pai J, dan beberapa yang len mmg x dapat dipisahkan mereka dan aku.. Bayangkan mereka sanggup berbasikal dari rumah seawal 6 pagi dan singgah kerumah aku dalam jam 645 tuk sama2 ke sekolah.. bersukan bersama, ketawa bersama, mengais bersama.. Sangat rindukan mereka ketika ini.. Terima kasih kalian.. Kamu semua tiada galang gantinya..

Asasi.. Ib, Krol, Nazmin, Mior, wahab, am.. semua nie membantu diri melangkah kedunia dewasa yang penuh ranjau.. mereka orang yang x pernah rasa ada perbezaan antara satu sama lain.. walaupun mereka golongan 'berada' mereka bawa diri ini bersama mereka merasa nikmat pemberian Allah.. Thank You v Much..

UNIMAS.. sampai 5 tahun.. aku masih x jumpe kualiti kawan yang aku jmpe sebelum ini.. adakah aku memilih dan cerewet.. adakah aku ini teruk sgt orgnye smpi x de kawan yang tahan.. emm ape pon.. selamat berjuang coursemate ku dalam professional ini.. Moga kita jadi doktor yang membantu agama, bangsa dan negara..

Teringat lagu Kawan dari UNIC..
jadilah seperti si matahari yang menerangi insan sejagat..

Berharap menjadi kawan yang baik tuk semua.. Maafkan diri kurang sempurna..

Assalam..

Wednesday, October 14, 2009

Tazkirah...

Salam semua.. td ada terbaca satu tazkirah dalam blog tazkirah..
sgt menyentuh jiwa yang semakin nipis iman senipis kulit bawang..
sama2 dapat menjadi peringatan kepada diri yang semakin lalai..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Thursday, October 1, 2009

baca Al- Quran

Salam sme dan selamat membaca.. haha

Terasa terpanggil untuk kongsi serba sedikit pasal Al-Quran..
Membaca adalah satu ibadah walaupun kita tak tau ape yang kita bacakan..
tetapi bacaan kita perlulah dengan tertib adab dan tajwidnya..
bukan apa, dahlah kita tak tau apa yang kita bacakan salah lagi, buatkan ibadah yang kita cari bertukar menjadi dosa..

sekarang dah ada banyak Quran tafsir, tapi perlu kita ingat, tafsir yang kita baca itu banyak maknanya, bukan boleh segera difahami selepas kita baca ayat itu.. satu2 ayat itu diturunkan berdasarkan peristiwa2 tertentu dan memerlukan ahli yang alim untuk menterjemahkan apa yang dimaksudkan dalam ayat itu..
dengan itu saya rasakan, membaca Al-Quran perlulah disertakan dengan pembelajaran bersama ustadz atau ustadzah yang ahli supaya kita x tersalah maksud dan terang dalam hati jiwa dan minda..

x salah kita baca seorang tetapi adalah lebih molek kita baca beramai2 supaya kesalahan kita dapat diperbetulkan.. dan kita jadi lebih baik dalam membaca ayat-ayat Allah..

setakat itu dulu.. Marilah kita kembali ke Al-Quran dan sunnah Nabi Allah, Muhammad Rasullullah..

wassalam..

Wednesday, September 30, 2009

post raya..

Assalamualaikum n selamat hari raya..
dah nak dekat dua minggu kite beraya tapi semangat beraya tue masih kekal macam bru semalam kite sambut raya..
harap2 bekalan dari madrasah ramadhan tue kita sambung dan panjang2kan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..
kepada semua kawan2 yang mengenali diri.. ampunkanlah diri nie andai kata tercabul bicara andai perbuatan tidak diperkota.. diri ini hambaNya yang lemah memohon maaf atas segala salah dan silap.. marilah kite sama2 memaafkan dan membuka lembaran baru untuk hidup lebih bermakna..
nie dah nak abis minggu keempat posting paed.. tapi x de semangat nak study.. kuih2 raya pun masih banyak lagi nie.. exam nak dekat.. macam mana nak cari semangat nih.. huisshh
x de gambar pn nak dipertontonkan sebab x de camera..
kepada kawan2 di perantauan ini (kuching je pn), mari kita mendayung sampan semangat mengharungi posting kanak-kanak riang ribena..


I love u.. u only u and no one other than u..

Friday, June 26, 2009

obstetrics and gynaecology

Salam semua..

pergh lama betul x update blog.. sorilah aku bru jea start sem dan sekarang nie sgt kelam kabut.. haha

yea sekarang aku dah final year medical sudent UNIMAS.. macam bru jea semalam aku masuk sarawak dan belajar kat sini.. pejam celik dah masuk final year.. cuak seyhh

sekarang nie kamik bru habis theraputic lecture dan dah seminggu start o&g.. hari-hari ada ward round dan kene ada kat ward sebelum 730 pagi.. huu.. sgt penat dan masa berjalan sgtlh perlahan..

no more malas2.. klu x kne extend 6 months plg teruk repeat year.. di minta jauh.. huu

semuanya datang dari kite jugak, klu kita nak yang terbaik kita mesti usaha yang terbaik.. jadi kengkawan mari kita bagi baikk punye for this year.. hehe

tido cukup, makan cukup, exercise cukup, study cukup = hidup dengan gembire dan sentosa..

hehe cincao dlu.. InsyaAllah len kali aku update..

wassalam

Saturday, May 2, 2009

Year 5.. tengtengteng

Salam semua..
Emmmm dah lama btul tak 'update'kan blog ni.. Sibuk memanjang.. Tak taulah sibuk dengan apa.. haha

Alhamdulillah aku dah melangkah ke tahun akhir.. Banyak kenangan manis dan pahit aku dah tempuhi.. Yelah, yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan.. Dah sampai tahun akhir ni aku rasa banyak lagi benda yang masih aku belum buat dan laksanakan.. InsyaAllah aku cuba jadi pelajar yang baik, rajin dan taat kepada 'parent' dan Allah serta Rasul Nya.. Amin

Sekarang dah penghujung minggu ketiga aku ber'elective' di Hospital Sungai Buloh.. Terima kasih yang tak terhingga tuk Dr Ahmad atas kesudian dia tuk menerima kami.. Emmm.. tapi aku sedikit tak puas hati dengan seorang staf uitm nie.. aku dan v pergi ke ot tuk tengok LSCS.. sampai-sampai die dah start operation tuk d &c.. then, kami pun taklah kacau dia.. kami tulis nama dalam log book hospital dan kami tengok 3 LSCS, 1 Forcep delivery, 1 d & c, 1 BTL, 1 oophorectomy ( rasa-rasanya teratoma sebab ada rambut dalam ovary tu..).. Sampailah pkul dua belas.. Kami cakap kat die terima kasih boleh plak die nak marah-marah sebab kami tak introduce.. cakap kalau mood die tak ok die nak sepak kami.. macam tu ke staff university.. bru jd mo dah tengking-tengking student.. hissshhhh

cuti masih panjang.. jadi kengkawan, tunggu kehadiran aku.. haha

setakat nie dulu yea..

Assalamualaikum..

Wednesday, December 10, 2008

Hari Raya Aidiladha

Salam sme.. Selamat hari raya qurban..
Tahun nie seperti 3 tahun lepas, aku merayakannye dibumi sarawak.. sebabnye aku x de duit n x de cuti.. huhu
Tp tahun special ckit.. aku organise sambutan hari raya haji kt fakulti perubatan dgn ada acara penyembelihan 2 ekor lembu.. haha
sangat seronok dan happening walaupun penatnye x bleh tahan.. skang pn ada lagi penat diye..
Nway Alhamdulillah sme berjalan lancar..









Perjalan mencari kayu api bsama senior and newly graduated doc.. hehe tahniah dr asri



Abg roslan n Abg rasid bersama2 dalam usaha mencari kayu api walaupun x tau nk pg mne..



alatan yang digunakan tuk mencari kayu.. haha



last2 jmpe kt tepi jalan kt samarahan, pas mintak kebenaran dr pakcik yang mcm parkinson, kami trus ke tempat kayu.. haha



Abg wak yang sgt dedicated walaupun muscle wasting katenye sbb kne chikungunya.. kesian



Pak Lan memainkan peranan penting dalam mengergaji kayu.. syabas



seperti bese tugas aku ngan abg rasid sebagai watak sampingan..


Dr Asri yang baik hati menjadi pemandu penunjuk arah..



Rasa2 tempat td x cukup second trip pada ptgnye plak kami pg ke kilang kayu.. mula2 toke kilang tue bg, lps die tgk kami amek satu van die trus irritated.. pe lg cabutlh pas tue.. haha



malam tue, pathologist, dr zul bg motivational talk sblm ceramah lps isyak..


hasil tangan aku dgn azwan.. berjaya hasilkan buluh lemang.. haha

campuran sebati tuk pulut dan santan.. air tangan aku jgk.. haha

pe lg keje2 masukkan pulut n santan suh juniorlah.. haha.. azwan pn kne buat sbb die nak blajar masak lemang..


awi, bdk junior, posing lps tlg pusingkn lemang.. haha buli junior je kn..


hasilnye lemang yang first time dibuat tanpa bapak aku.. haha


bolehlh tahan jgk lemang nie.. x de kerak yea..


last sekali semayang raya..
oppss lupe plak nk letak gambar lembu.. pape pn mmg satu pengalaman yg menarik buat aku..
jomlah datang sarawak, rasa beraya kt sarawak.. terutama raya aidilfitri..
30 hari full dowang sambut.. haha
cincao..