Saturday, May 2, 2009

Year 5.. tengtengteng

Salam semua..
Emmmm dah lama btul tak 'update'kan blog ni.. Sibuk memanjang.. Tak taulah sibuk dengan apa.. haha

Alhamdulillah aku dah melangkah ke tahun akhir.. Banyak kenangan manis dan pahit aku dah tempuhi.. Yelah, yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan.. Dah sampai tahun akhir ni aku rasa banyak lagi benda yang masih aku belum buat dan laksanakan.. InsyaAllah aku cuba jadi pelajar yang baik, rajin dan taat kepada 'parent' dan Allah serta Rasul Nya.. Amin

Sekarang dah penghujung minggu ketiga aku ber'elective' di Hospital Sungai Buloh.. Terima kasih yang tak terhingga tuk Dr Ahmad atas kesudian dia tuk menerima kami.. Emmm.. tapi aku sedikit tak puas hati dengan seorang staf uitm nie.. aku dan v pergi ke ot tuk tengok LSCS.. sampai-sampai die dah start operation tuk d &c.. then, kami pun taklah kacau dia.. kami tulis nama dalam log book hospital dan kami tengok 3 LSCS, 1 Forcep delivery, 1 d & c, 1 BTL, 1 oophorectomy ( rasa-rasanya teratoma sebab ada rambut dalam ovary tu..).. Sampailah pkul dua belas.. Kami cakap kat die terima kasih boleh plak die nak marah-marah sebab kami tak introduce.. cakap kalau mood die tak ok die nak sepak kami.. macam tu ke staff university.. bru jd mo dah tengking-tengking student.. hissshhhh

cuti masih panjang.. jadi kengkawan, tunggu kehadiran aku.. haha

setakat nie dulu yea..

Assalamualaikum..

No comments: